MOHON DIJAUHI JADI SEBEGINI!

Ramai yang pergi menunaikan ibadat haji dan umrah. Namun, kepulanganmya tidak membawa perubahan yang signifikan. Sebaik sahaja pulang ke Tanah air tidak ramai berusaha untuk memastikan hadir Solat fardu berjemaah LIMA waktu di masjid atau surau. Ramai yang hadir majlis ilmu tetapi tidak ramai yang berusaha melaksanakan semua yang disarankan para mualim tersebut. Banyak kita membaca hadis berkaitan amalan sunat yang menjadi sunnah. Namun tidak ramai yang melaksanakannya secara ISTIQAMAH. Kita tahu banyak Solat sunat dan janji Allah kepada yang mengamalkannya. Tapi tidak ramai yang melaksanakan solat sunat rawatib , awabin, taubat, tahajud, witir, hajat, tasbih , eudud , dhuha dan sebagainya secara ISTIQAMAH. Kita didedahkan kelebihan puasa sunat selain puasa fardu di bulan Ramadhan. Tapi amat berat bagi melaksanakan puasa sunat sekurang-kurang puasa sunat Isnin dan Khsmis. Banyak zikir yang kita diajar dan fipelajari, adakah kita telah amalkan sebahagian besar daripadanya? Serta terlalu banyak amslan yang kita tahu tapi belum diamalkan secara ISTIQAMAH ! Mohonlah kita agar kita tidak sebahagian datipada mereka ini!

Leave a Reply