MOHON ALLAH TIDAK TARIK NIKMAT……

Allah Maha berkuasa ke atas semua hambaNya. Berkuasa mengurniai taufik dan hidayah serta semuanya dengan kehendakNya yang Maha berkuasa.Allah juga Maha berkuasa menarik balik semuanya atau sebahagian daripada kurniaanNya. Maka hamba-Mu memohon dan merayu moga nikmat taufik dan hidayah terus dikekalkan sehingga pergi menemui dan kurniailah kepada mereka yang menggapainya. Mohon kepadaMu agar tidak menarik mikmat yang telah Engkau kurniakan. Nikmat sihat untuk mencapai nikmat-nikmat lain seperti nikmat melakukan qiamulai, nikmat melaksana amalan-amalam sunat, nkmat melafaz zikir pada waktu tertentu dan di luar waktu tertentu, nikmat mendirikan solat berjemmah lima waktu, nikmat mendirikan pelbagai solat sunat, nikmat melaksanakan puasa wajib dan puasa sunat, nikmat menghubungkan silaturrahim, nikmat menghadiri majlis ilmu di taman- taman syurga, nikmat bersedekah, nikmat berjuang menegakkan Islam, nikmat menyampaikan risalah Islam walaupun satu ayat, nikmat hidup berkeluarga dengan sangat harmoni dan pelbagsi nikmat yang Engkau kurniakan dengan atau tanpa kusedari. Ya Allah janganlah kau tarik nikmat itu daripada yang hambaMu yang lain.

Leave a Reply