MOGA JEMAAH HAJI 1436H KEMBALI DENGAN HAJI YANG MABRUR

Dua minggu blog tergendala kerana masalah server. Alhamdulillah kini dapat kembali berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan memotivasi diri untuk peningkatan dalam beribadat dan yang paling utama adalah istiqamah dengan ibadat yang telah, sedang dan yang akan kita tambahkan nanti. Alhamdulillah sehingga kini sudah ramai jemaah yang kembali ke tanah air masihng-masing khusus negara kita. Dengan berpulangnya haji yang mabrur, maka sudah pasti perubahan yang amat ketara ialah dalam melaksanakan ibadat kepadaNya. Sebagaimana kita sedia maklum, jemaah haji semasa berada di Tanah Suci Makkah al mukarramah dan Madinatul munawarah mereka mengunakan sebagai besar perjalanan kehidupan seharian dengan ibadat yang berganda. Ini adakah kerana kehadiran kita di sana semata-mata untuk beribadat kepadaNya dan segara urusan dunia kita tangguhkan selama mana kita berada di sana. Biasanya program ibadat akan bermula seawal jam 2 pagi dan ditangguhkan sementara kira-kira jam 10 malam untuk istirehat (tidur). Begitulah rutun sepanjang 40 – 50 hari sepanjang berada di sana. Bergerak ke masjidil hari dengan dimulai dengan tawaf sunat serta diikuti dengan perlbagai solat sunat dari sunat tasbih, taubat, tahajud, hajat dan sebagainya dan diakhiri dengan solat sunat witir. Kemudian disambung dengan tadarus sehinggalah solat fardu Subuh, zikir, dhuha dan sebagainya. Di sampaing melaksanakan umarah sunat. Jemaah juga digalakkan membiasakan diri dengan puasa sunat Isnin dan Khamis kecuali semasa berwuquf di Arafah dan hari raya. Zikir dan doa sentiasa membasahi bibir sepanjang masa. HamnaNya yang dianugerah haji yang mabrur sudah pasti akan akan mengekalkan malan semasa berada di sana apabila pulang ke Tanah Air. Jemaah masjid yang istiqamah solat lima waktu sudah pasti bertambah di mungkin yang ada anak mungkinnya mengerjakan haji. Secara tidak langsung kampung atau mungkin tersebut akan lahir atau bertambah insan yang soleh yang terdiri daripada insan soleh yang sedia ada dan ditambah dengan jemaah haji yang baru kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan haji yang mabrur kepada jemaah haji yang terkorban dan kejadian di Makkah pada tahun. Pada keluarga mohon bersabarlah kerana Allah pasti mengganti yang lebih baik. (Innalillahi wainna ilahirajiun, Allahumma ajurni fi musibati, wakhlifli khoiromminha).

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. trầnnhôm - Trackback on 2016/09/02/ 20:26