MINAT MENCARi, MINAT MENGAMALKAN

Kecenderungan mencari ilmu berkaitan dengan agama merupakan nikmat yang dianugerahi kepada hambaNya yang terpilih. Mungkin satu per seratus atau satu perseribu ration mereka yang berminat mencari ilmu! Lebih ramai yang rajin beramal tapi tidak berminat mencari ilmu. Ramai juga yang minat mencari ilmu Namun amalannya tidak setara dengan ilmu yang diperolehi.  Beramal tanpa ilmu atau berilmu tanpa beramal amat meridian. Beramal tanpa ilmu menyebabkan amalan kita Belum pasti menepati syariah dan sekiranya terjadi demikian, maka rugi masa dan tenaga yang diguna kerana tidak mendapat ganjaran. Berilmu tanpa beramal secara jelas sia-sia kerana tidak ada apa untuk dihisab amalan mereka ini. Yang terbaik berminat dan bersungguh-sungguh mencari ilmu dan bersungguh-sungguh juga mengamalkannya . Ini kerana amalan kita berdasar ilmu dan pemahaman yang jelas. Oleh yang demikian, kita tiada pilihan selain daripada mendapat ilmu semaksima mungkin dan mengamalkan semaksima dan seistiqamah mungkin.

Leave a Reply