MESTI CEKAP DALAM BERIBADAT

Dalam bab kerja ETIKA BUDAYA KERJA YANG CEKAP akan membawa kecemerlangan dalam kerjaya. Apatah lagi dalam beribadat. Kita kena cekap serba serbi. Cekap dalam persediaan untuk solat- cekap dalam bersedia untuk solat dengan wuduk pada masa yang sesuai supaya supaya dapat solat sunat wuduk sebelum solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat rawatib seterusnya dapat menjawab azan dan iqamat dengan sempurna dikuti dengan zikir-zikir sebelum takbir. Kalau bilal azan baru hendak berwuduk atau baru hendak bergerak ke masjid, itu tidak cekaplah namanya. Penilaian di dunia pun tidak akan diberi taraf cemerlang, apatah lagi di akhirat. Usahakan agar cemerlang di dunia lebih lagi di alam yang kekal abadi. Cekap urusan dunia, amat cekap urusan dengan Allah.

Leave a Reply