MERENUNGI AMALAN

Masih berada di leluhur. Masih mengenangi kehilangan dua tok guruku. Amalan ISTIQAMAH dan keuzudan murabbi ummah perlu dijadikan panduan ke arah menggapai rahmatNya. Amalan yang mampu kita ikut berdasarkan suruhanNya , apakah dapat kita tunaikan secara ISTIQAMAH ? Solat lima waktu berjemaah, solat malam, menyambung silaturrahin , puasa sunat, solat sunat, infaq, zikir dan doa dalam setiap pergerakkan dan perbuatan, menghadiri majlis ilmu, tadarus dan tadabur al Quran , menyeru amal ma’aruf dan nahi mungkar, bagaimana?  Semua itu mampu kita laku, jika apa yang murrabi tidak dapat kita ikut sepenuhnya. Sekurangnya kita berusaha bersungguh -sungguh ke arah peringkat demi peringkat mengikut kemampuan. Jangan sekadar menguar- uar kehebatan orang sedang kita tidak berusaha mencontohinya.  Lebih lengkap dan amat kena pada tempatnya apabila kita turut berusaha mencontohinya secara bersungguh insan yang amat kita kagumi kehebatan melaksanakan setiap suruhanNya. Ramai mengagumi dan mengakui kehebatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku murabbi ummah, namun berapa ramai yang mencontohinya dan mengambil iktibar dari setiap ilmu yang ajarnya?

Leave a Reply