MERAIH ILMU MELALUI PEMBACAAN

Berguru melalui kaedah talaki dengan guru dan bersanad ada suatu yang terbaik dan perlu diutamakan. Namun dalam dunia yang canggih dan maklumat di hujung jari atau di depan mata banyak membantu untuk mendalami ilmu agama. Asalkan jangan berguru 100 % dengan bahan bacaan, ianya boleh membantu hal-hal berkaitan dengan berbagai bidang dalam agama. Melalui pembacaan ada perkara yang fahami secara jelas dan ada yang memerlukan rujukan lanjut dari ilmuan agama yang berwibawa. Penulisan di media cetak atau elektonik biasa ditulis oleh ilmuan yang sama yang mencurah ilmunya di alam nyata(live) di media atau yang menulis di majalah atau mengurang di buku-buku dan diterbitkan oleh pihak yang diakui kewibawaannya. Kita agak mudah memahami bidang fikah melalui pembacaan di majalah atau buku. Ianya ditulis oleh tokoh yang berwibawa dengan gaya penyampaian yang mudah serta disertakan dengan dalil-dalil dari al Quran , hadis dan ijmak ulama.  Sementara kita mendapatkan ilmu secara bertelaki, dalam masa yang sama kita boleh mengutip ilmu berkaitan amalan agama melalui pembacaan bersumberkan majalah dan buku yang berautoriti. Namun perlu diingat, bahawa tidak semua penulisan difahami dengan dan kadang-kadang memberi pemahaman yang berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Untuk itu perlu kita sentiasa merujuk kopada guru yang diakui kewibawaannya terutama berkaitan dengan, hukum, akidah atau tauhid. Berguru di samping kita ilmu yang dipertanggungjawabkan kita juga mendapat keberkatan serta mempunyai peluang untuk bertatanya atau mendapat penjelasan lanjut berbanding melalui pembacaan yang sehala, begitu juga kita perhatikan sejak akhir-akhir ini kuliah di masjid-masjid banyak yang berbentuk sehala. Penceramah hanya menyampaikan kuliah tanpa menghiraukan audien faham atau tidak, solah-solah sama dengan kita membaca atau menonton di media elektronik atau massa. Ini bermakna perlu ya kita berguru secara bertalaki dari guru yang bersand supaya kita mendapat pemahaman yang mendalam melalui perbincangan atau pertanyaan daripada rakan seperguruan. Walaubagaipun pembacaan merupakan pelengkap kepada ilmu yang sangat luas yang diluar kemampuan kita untuk mendapatkan guru dalam setiap bidang agama. Apa yang paling penting ialah sentiasa merujuk apabila timbul sebarang kemusykilan apa yang kita baca, dengar atau tonton. Pemcaan juga perlu dari sumber yang pelbagai supaya sesuatu isu itu kita dapati pendangan dan sumber yang ketara perbezaannya. Sebagai contoh bab berkaitan dengan solat, kita dapatkan beberapa rujukan daripada buku-buku berkaitan dengan solat dari penulisan yang berwibawa serta mereka mengemukan dalil yang sahih. Sebaiknya kit juga mempunyai sumber rujukan seperti himupunn hadis-hadis sohih. Bacaanlan sebanyak mungkin dan bergurulah selama mungkin. Selamat beribadat secara istiqamah.

Leave a Reply