MENYEMPURNA SUATU UNDANGAN ADALAH AKHLAK DALAM ISLAM

Sebagai individu yang terlibat dalam gerakan menegakkan Islam secara syumul seharusnya tidak terhad kepada perjuangan dan ibadat wajib semata-mata, namun sunnah lain perlu diberikan penekanan. Salah satu daripadanya ialah menyempurnakan jemputan atau undangan ke majlis yang tidak bertentangan dengan syariah. Jemputan ke majlis kesyukuran,perkahwinan,arwah dan sebagai seharusnya tidak dipandang remeh. Sebagai seorang yang ingin menegakkan Islam secara syumul semestinya berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi jemputan tuan rumah. Alasan terlupa merupa jawapan amat mengecewakan bagi yang menjemput, seolah jemputan tidak penting sehingga terlupa. Memenuhi setiap jemputan merupakan jalan ke arah pembentukkan ukhwah yang mantap di antara umat Islam.

Leave a Reply