MENUNGGUKAH KITA?

Dalam kehidupan seharian kita menunggu merupakan perkara yang lumrah. Kebanyakkannya kita menunggu berita gembira sambil berdoa. Berita yang tidak menggembirakan biasanya kita akan menunggu dan kalau terpaksa juga menunggu, maka kita tunggu dan berdoa juga tapi doa supaya apa yang kita tunggu tidak terjadi. Untuk perkara yang menyenangkan kita menunggu dengan penuh harapan berserta dengan doa agar ia benar-benar terjadi atau makbul. Apatah lagi kematian, amat jarang yang menunggu DENGAN penuh keghairahan supaya cepat sampai. Yang ramainya berdoa minta tangguh( panjang umur) kematian.
Sebagai hamba Allah ada beberapa yang sepatut kita menunggunya setiap masa dengan keghairahan itu amalan kepadaNya. Apakah kita menunggu untuk Solat fardu di awal waktu dan berjemaah di masjid? Ramai yang menunggu-menunggu bulan Ramadhan untuk berpuasa, namun adakah kita menunggu untuk melaksanakan ibadat tersebut dengan yang terbaik dan melaksanakan ibadat puasa sunat Isnin dan Khamis dan puasa sunat yang lain sepanjang tahun agar apabila puasa wajib kita dapat laksanakan yang terbaik lagi!. Ramai menunggu giliran untuk menunaikan ibadat fardu haji, namun adakah dalam penungguan tersebut kita membuat persiapan sebaik mungkin dengan beramal semaksima mungkin agar apabila tiba psnggilan nanti kita sudah bersedia untuk membuat yang terbaik dan dianugerahi haji yang mabrur!?
Apakah kita sentiasa menunggu untuk melaksanakan ibadat-ibadat yang diperintahNya ? Atau biasa-biasa sahaja? Kemanisan beribadat akan meleraiksnya.

Leave a Reply