MENJADI ORANG SOLEH DAN MENJADIKAN ORANG LAIN SOLEH

Walau diri ini tidak mencapai tahap tersebut tetapi itu doa yang dipanjang semasa berwuquf di Arafah dua TAHUN lepas. Hari wuquf di Arafah merupakan masa dan tempat dimakbulkan doa hamba oleh Allah S.w.t jika ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Pada hari-hari berlalu biasanya menyampaikan tazkirah ‘one by one’ atau paling ramai pun ‘one by two’. Hari ini hamba yang masih mentah ini dijemput untuk menyampaikan tazkirah kepada ramai guru dan ramai murid. Pertama kali sejak diberi nyawa menyampaikan tazkirah kepada audien yang agak ramai. Ruangan masjid yang tidak sebesar mana itu penuh sesak. Audien dewasa dan ramai audien yang dosanya dalam tanggungang kedua ini bapa.
Tajuk tazkirah rIngkas iaitu sekitar 40 minit ialah pengembaraan tanpa noktah. Tazkirah ini sebenar sebagai pengulangan daripada kuliah guruku beberapa waktu dahulu. Penyempaian tidaklah menarik sangat, walau bagaimana pun aunfien MEMBERI reaksi yang agak positiff, di mana isi tazkirah menjadi perbicangan hangat oleh audien seusai tazkirah tersebut. Respon tersebut menggambarkan tazkirah tersebut agak terkesan. Semasa dalam perjalanan pulang, hamba ini tergenang air mata kerana mensyukuriNya kerana dikurniakan permintaan hambaNya.
Kesimpulannya bahawa janji Allah tetap benar bagi hamba yang YAKIN. Mudahan ia menjadikan langkah permulaan bagi melahirkan insan yang SOLEH dan dikurniakan kan juga hamba ini menjadi orang yang dekat denganNya.

Leave a Reply