MENGURUS MASA

Ramai yang hebat-hebat dan sangat handar mengurus masa untuk mengurus perjalanan hidup. Mengurus perjalanan hidup harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Mereka bisa mengatur dengan tepat dan berjaya mematuhinya. Kita akan pastikan kita akan sampai ke pajabat “on time” dan pulang juga “on time”. Mereka akan mengatur jadual hujung minggu dengan pelbagai “event”. Berjaya melaksanakan jadual aktiviti bulanan yang diatur lebih awal. Perancangan tahunan sentiasa di”Reminder” dari semasa ke semasa agar tidak ter”missed”. Apatah lagi yang mendapat nasihat pakar perubatan untuk memakan ubat atau sumplement agar sentiasa segar dan berharap kematian masih lama lagi.
Namun tidak ramai yang bijak mengurus masa untuk persiapan ke arah kematian(catatan: sebenarnya kematian di darat lebih ramai daripada kematian akibat kemalangan di udara(mudahan semua penumpang MH370 selamat). Berapa ramai yang berjaya mengurus masa harian mereka agar setiap masuk waktu solat fardu mereka akan berada di masjid untuk solat berjemaah, bertadarus sekurang 100 ayat setiap hari, memastikan zikir pagi petang sentiasa “on time”, tepat 1/3 malam bangun untuk qiamulai, meluangkan masa 5-10 minit berzikir selepas solat fardu dan banyak senarai amalan harian yang mesti kita uruskan masa dengan tepat dan dilaksanakan tanpa gagal.Kita tidak ingin gagal dalam urusan dunia , namun bairlah urusan dengan Allah juga berjaya kita laksanakan. Untuk pengurusan masa mingguan, apakah kita telah tetapkan KPInya untuk mematuhi amalan puasa sunat Isnin dan Khamis? untuk bulanan letakkan KPI untuk solat tasbih sekurangnya sekali dalam sebulan.Untuk tahunannya letakkan sasaran KPI untuk khatam al Quran untuk beberapa kali. Jika kita berjaya mencapai KPI akhirat ini dengan jayanya bermakna kita bijak mengurus masa untuk akhirat kita di samping tidak sekali-kali mengabai pengurusan masa untuk urusan dunia.

Leave a Reply