MENGINGATI ALLAH ITU SEPANJANG MASA

Mengingati ALLAH bukan hanya ketika melaksana ibadat wajib sahaja. Ia perlu diingati setiap detik. Ketika saat lapang, maka perbanyakan solat, tadarus , tadabur, tambah ilmu dan seumpamanya. Ketika kita bergerak banyakkan zikir dan doa atau menghafaz surah-surah lazim supaya terus kekal di hati. Ketika sibuk, paksa hati mengingatiNya sedaya upaya dalam pelbagai cara sama ada melalui lisan atau hati. Begitu juga dalam perjalanan, cari lah  jalan dan fikirkan apa yang perlu kita lakukan supaya sentiasa mengingatiNya. Buat persiapan dengan amalan Rasul sallalahu ‘alaiwasallam kehendak tidur, supaya tidur kita juga dalam keadaan beribadat kepadaNya.

Bentong, PAHANG.

Leave a Reply