MENGHAFAL

Perbincangan tentang aksesori(amalan tambahan) sebelum ini tidaklah semudah yang catat atau dituturkan. Bagaimana ingin diamalkan jika semua bacaan tersebut dihafal. Merumitkan jika setiap kali ingin kita baca untuk mengamalkan maka kita terpaksa melihat pada kertas atau buku doa dan sebagainya. Paling lama pun sebulan, maka amalan akan ditinggalkan atau dibaca pada keadaan tertentu yang dirasakan ada kelapangan. Amalan begitu sukar untuk merasai kemanisannya apalagi untuk istiqamah. Lebih sukar lagi, baca tersebut perlu dibaca dalam solat. Nah, bagaimana? takkanlah semasa rukuk kita terbaca dari sekeping kertas. Bacaan surah sebelum tidur mungkin kita dapat membacanya dari mushaf. Namun tidak ramai akan bertahan secara istiqamah. Solusinya, mahu tidak mahu kita kena menghafalnya. Allah MAHA PEMURAH, jika kita bersungguh dan yakin pasti Allah akan merezeki kepada kita untuk menghafal al Quran atau sesuatu doa. Mohonlah kepadaNya dan jangan sekali kita tidak yakin atau 50-50. Hafallah secara sedikit dan amalkan secara istiqamah sehingga sebati dengan kita. Cubalah, IsnyaAllah Allah pasti akan kurniakan kepada kita tanpa mengira usia.

Leave a Reply