MENGHAFAL AL QURAN

Kebanyakkan kita sebagai orang awam dalam pengamalan sunnah yakin dalam melaksanakannya. Kita mampu melaksanakan solat sunat walau sekali sekala, mengamalkan puasa sunat, membaca terjemahan atau tafsir dan sebagainya. Namun tidak ramai yang mencuba untuk peningkatan amalan dalam menghafal al Quran. Kebanyakkan beranggap ianya sesuatu yang sukar dan hanya individu tertentu sahaja. Mereka menganggap ianya sesuai untuk kanak-kanak atau remaja yang masih bersih hatinya. Namun, kita tidak dapat menafikan bahawa ciri-ciri tertentu akan memudahkan hafalan. Perlu diingat, bahawa setiap suruhanNya, pasti kita dapat laksanakan jika kita benar-benar ikhlas. Ianya tidak mustahil dengan iziNya. Mohonlah keampunanNya agar hati kita juga cuci bersih seperti kanak-kanak dan remaja terpilih supayamemudahkan usaha kita melaksanakan seruanNya untuk menjadi hafiz al Quran. Kita sedia maklum betapa besarnya ganjaran para hafiz, yang mana manfaatnya bukan sekadar untuk dirinya sahaja, malah keluarganya, mesyarakatnya dan yang lebih utama agamanya. Para hafizlah di antara pewaris al Quran yang mempertahan kitab suci daripada sebarang ancaman. Adakah kita hanya mengharapkan kepada beberapa kerat muslim sahaja. Kita bagaimana? Apakah sumbangan kita untuk mendaulatkan al Quran?. Caranya tiada lain dan tidak bukan kita mesti menjadi hafiz. Berapa ayat yang dapat kita hafal biarlah ianya menjadi ketentuanNya. Tugas kita menghafaz dan terus menghafal sehinggahayat dikandung badan. Kita juga akan menjadi hafiz kerana niat dan usaha kita yang istiqmah. Hafallah walaupun seayat secara istiqamah walaupun kita hanya dapat menghafal dalam sehari atau seminggu atau sebulan. InsyaAllah kita akan nampak anugerahNya, sama cepat atau lambat. Biarlah kita mengahhiri hidup dengan menghafal dan dalam keadaan hafiz walaupun untuk beberapa ayat

Leave a Reply