MENGGAPAI IKHLAS DALAM AMALAN -JAUHI AMALAN TERPILIH

Untuk istiqamah dan mencari keikhlasan dalam beramal ialah dengan berusaha mengamalkan semua suruhan secara berperingkat dan kekalkan amalan yang sudah digapai. Jauhi amalan terpilih seperti melaksanakan solat sunat kerana tujuan tertentu  di dunia. Kita kena fokus terhadap amal kita semata-mata meraih ganjaran di akhirat nanti. Kita sedia maklum fadhilat solat sunat dhuha misalnya. Namun harus fahami kelebihan orang yang solat dhuha di akhirat nanti. untuk tidak terikat dengan fadhilat di dunia semata, maka kita kena laksanakan semua suruhan. Jika berkaitan solat sunat, laksanakan semua yang disunnahkan. Di antaranya solat sunat wuduk, sunat witir, sunat rawatib, sunat awabbin, sunat tahajud, sunat dhuha, sunat tasbih, sunat taubat dan sebagainya. Solat-solat sunat tersebut kebanyakkannya fokus kepada ganjaran di akhirat. Dengan yang demikian membawa keiklasan dalam amalan kita tanpa mengamalkan amalan yang terpilih. Jauhi dari memikirkan ganjaran di dunia tatapi fokus kepada ganjaran di akhirat dan berserahlah kepada rahmatNya terhadap balasan dariNya.

Leave a Reply