MENGGAMIT PUASA YANG MABRUR DAN MENGGAPAINYA!

PUASA Ramadhan akan tiba tidak berapa hari lagi. Ramai yang seperti tahun-tahun yang lepas ingin mendapat puasa yang terbaik iaitu puasa yang diterimaNya(puasa yang mabrur). Muslimin yang mendapat puasa yang mabrur, nanti disediakan pintu khas di syurga iaitu al Rayyan. Memasuki syurgaNya adalah nikmat yang tidak terhingga, namun untuk orang berpuasa kerana dan untukNya akan disediakan pintu khas. Itulah di antara kehebatan orang yang dikurniai puasa yang mabrur. Untuk mengampaiinya bukanlah suatu yang mudah tetapi dengan KUDRATNYA ianya tidak mustahil. Persiapannya perlu rapi dan seharusnya ianya bermula sebaik sahaja kita berjaya menamatkan puasa kita pada tahun lepas (1434H). Namun Allah MAHA PENGASIH dan MAHA PEMURAH sentiasa membuka ruang untuk hambaNya menggapai puasa yang mabrur. Rutin kehidupan sebenarnya sama seperti hari-hari biasa cuma kelebihannya pada bulan tersebut kita sertainya DENGAN berpuasa. Bagi mereka yang biasa dengan puasa-puasa sunat Isnin dan Khamis,atau puasa Nabi Daud a.s atau sekurangnya puasa tiga hari sebulan pada hari cerah hanya perlu menggandakan lagi amalan pada bulan tersebut.
Sebenarnya kemabruran puasa bermula sebaik sahaja kita bermula hendak tidur. Iaitu ;
Dimulai dengan berwuduk , doa sebelum tidur disertai dengan bacaan Bismilah sebanyak 21 Kali, Alfatihah,ayat Kursi, surah sajadah, surah al Mulk serta tiga Qul dengan niat untuk bangun Qiamulai. Dikuti doa bangun dari tidur, bersuci, berwuduk, solat sunat wuduk, solat sunat taubat, solat sunat tasbih( mengikut kemampuan sama ada setiap malan atau seminggu sekali atau beberapa kali berdasarkan kemampuan), solat sunat tahajud( rekaatnya bergantung kepada kemampuan( jangan paksa diri tapi hendaklah dilaksanakan secara istiqamah walaupun minima), solat hajat,solat witir( tiga rekaat jika belum dilaksanakan semasa solat sunat Terawih. Bersahur disertai dengan niat berdoalah semasa berniat, kerana di saat ini di antara waktu doa dimakbulkan!. Kemudian menuju ke masjid untuk solat berjemaah. Ada beberapa amalan sunnnah boleh diamalkan sebelum sampai di masjid. Di antaranya doa keluar rumah, doa semasa perjalanan ke masjid, doa masuk masjid disertai dengan langkahan kaki kanan. Solat sunat tahiyatul masjid, ‘iikaf , solat sunat sebelum fardu Subuh ,solat Subuh berjemaah, wirid selepas solat mendengar tazkirah , zikir pagi , bacaan al Quran untuk beberapa ayat atau bertadabur . Untuk zikir pagi boleh juga dibaca semasa perjalanan ke tempat kerja, manakala bagi yang tidak bekerja bolehlah berada di masjid sehingga waktu dhuha( ganjarannya seperti haji dan umrah yang mabrur). Laksanakan tanggungjawab mencari nafkah yang di samping menjaga anggota pancaindera supaya terhindar dari doa’ kering’ yang boleh mengurangkan pahala puasa atau lebih malang lagi boleh menyebabkan BATAL puasa kita ( hanya memperolehi lapar dan dahaga saja). Berusaha bersungguh-sungguh untuk berzikir kepadaNya semasa bekerja jika ada ruang walaupun beberapa detik dengan jangan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab malah berusaha meningkatkan lagi kualiti kerja. Cari ruang untuk melaksanakan solat sunat dhuha sekurangnya 2 rekaat. Usahakan solat sunat Zohor dan Asar berjemaah di samping jika ada ruang di antara boleh digunakan untuk zikrullah atau bertadarus dan bertadabur atau mereka taken diri sambil berzikir kepadaNya dan elakkan diri daripada berbual kosong! Selepas solat Asar berjemaah bolehlah zikir waktu petang samada selepas solat sambil melaksanakan kerja atau dalam perjalanan pulang dari tugas. Mejoritinya solat fardu MAGHRIB di rumah dan ke masjid untuk solat fardu Isyak’, harapnya itu bukan kita! Berusahalah untuk solat maghrib berjemaah di masjid, bereha atau zikrullah dan seterusnya solat isyak’ berjemaah diikuti solat sunat Terawih. Solat sunat rawatib yang mengiringi solat fardu jangan sekali-Kali diabaikan kecaualilah kesuntukan waktu. Sebaik sahaja selesai solat Terawih bolehlah bertadarus atau bertadabur satu dua ayat. Elakkan tidur lewat kerana ianya akan menyebabkan Qiamulai kita terjejas! Sementara menunggu berbuka bolehlah beriadah atau mengeratkan silaturrahim di antara keluarga sambil menonton rancangan berbentuk agama yang disediakan di beberapa saluran TV atau membaca bahan yang bermanfaat. Bersedia untuk berbuka dengan doa beberapa minit sebelum be berbuka sehingga doa berbuka diiringi dengan doa. Ini adalah kerana doa pada waktu berbuka antara waktu doa dimakbulkan jika menepati syaratnya. Elakkan berbuka secara berlebihan atau merayau-rayau di Bazar Ramadhan jika tiada keperluan. Santaplah secara Sederhana. Jangan lupa PUASA sunat terakhir pada KHAMIS Syaaban ini.

Leave a Reply