MENGATUK ! AWAS SERANGAN SYAITAN SELEPAS SOLAT FARDU!

KETIKA kita memulakan solat (solat berjemaah) kita berada dalam keadaan segar. Kesegaran tersebut kerana kita berwuduk sebelum mendirikan solat. Namun sebaik sahaja kita memberi salam, tiba kita menjadi mengatuk atau berada di dalam keadaan separuh sedar! kita hilang fokus terhadap wirid dan zikir selepas solat yang kita juga berada dalam keadaan separuh sedar semasa imam membaca doa. Sebenarnya ini adalah serangan terancang para syaitan laknatullah! kerana syaitan menyedari bahawa sebahagian besar daripada hanya berzikir selepas solat fardu sahaja dek kerana kesibukan tugas! Kita jarang berzikir di masa lain, maka kesempatan ini diambil peluang sepenuhnya oleh para syaitan sebab itu jika kita perhatikan ramai jemaah yang hampir tertidur terutama selepas solat fardu Subuh atau solat di siang hari! Selepas solat merupakan ‘prime time’ sebahagian hambaNya untuk berzikir dan berdoa kepadaNya. Oleh itu, kita hendaklah fokus yang memastikan masa yang singkat digunakan dengan sepenuhnya untuk berwirid dan berzikir kepadaNya. Fokuskan dengan bersungguh-sungguh semasa imam membaca doa! hayati satu persatu doa yang dibacakan serta meng’amin’kan doa imam tersebut mudahan doa tersebut dimakbulkan( doa selepas solat fardu di antara masa doa dimakbulkanNya( jika memenuhi syarat) dan juga boleh berdoa dengan doa sendiri dalam hati sekiranya kita kurang jelas doa yang dibacakan oleh imam. Ingat jauhi diri dari berdoa sambil lewa atau dalam keadaan separuh sedar(mengatuk) kerana disaat kita berdoa sebenarnya kita sedang berdepan denganNya. Bayangkan bagaimana situasinya apabila kita meminta kepada sesama manusia dalam keadaan sambil lewa atau separuh sedar? Apa lagi dalam keadaan kita memohon kepadaNya! Lawanlah serangan ganas syaitan dan selepas ini kita sentiasa di dalam keadaan normal walaupun selepas solat. Banyakkan berdoa dan berzikir sebaik sahaja selesai solat terutamanya solat fardu berjemaah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. sex pills for men - Trackback on 2016/06/26/ 03:40
  2. va loans in santa maria - Trackback on 2016/09/02/ 17:11
  3. Sportpesa tips - Trackback on 2016/09/19/ 14:24