MENGAPA???

Sejak mutakhir ini kita melihat gerakan dakwah berkembang pesat. Majlis ilmu ada yang dihadiri ribuan pendengar. Semakin ramai ustaz dan pendakwah yang hebat dan berkelayakan muncul. Kemunculan di media massa perdana dan bukan perdana. Memenuhi ruang kuliah di kebanyakkan masjid-masjid sama masjid biasa atau jame’. Masjid dan organisasi sudah mampu memberi sumbangan yang besar kepada pendakwa yang sudi hadir. Berbagai kuliah dianjurkan bermula dengan kuliah Subuh, kuliah dhuha. kuliah Zohor, kuliah Asar, kulian antara maghrib dan Isya’ dan pelbagi kuliah. Di media pelbagai program berbentuk dakwah diudarakan sepanjang masa dan berulang-ulang supaya peminat tidak tertingal program tersebut. Kita nampak ada pendakwah yang mampu mengerja umrah berulang kali, tut…tut.. ustaz ini sudah berada di tanah suci.
Perkembangan amat mengembirakan kita. Kita menaruh harapan akan lahir ramai umat yang bertaqwa. Namun, apa yang menjadi persoalannya ialah kehadiran untuk solat berjemaah di masjid masih tidak memuaskan. Adakalanya naik dan adakalanya turun, yang pastinya balik.. balik muka yang sama! kenapa???
Persoalan ini memerlukan kajian yang ilmiah. Namun, secara kasar perjalanan dakwah perlu berfocus bergantung kepada sasaran. Untuk kuliah di masjid sebagai contoh, memang majoritinya dihadiri oleh kaki masjid. Jadi sasaran untuk peningkatan jemaah tidak tercapai. Fokus dakwah untuk kaki masjid tidak cukup dengan kuliah berbentuk umum sahaja. Pendakwah perlu fokus untuk jemaah tegar ini dengan menyedia ilmu berkaitan kesumpurnaan ibadat golongan ini. Ini kerana, ramai kaki masjid namun ilmu fardu ain masih tidak mampu untuk keluarga dan rakan tuala untuk bersama-sama menghayati Islam. Lengkapkan mereka ini dengan ilmu yang membolehkan mereka berperanan sebagai pendakwa dan mampu memimpin solat apabila diperlukan, baukan sekadar pengikut. Jemaah yang lengkap ilmu fardu ain akan terus istiqamah dengan amalannya. Untuk mereka yang jarang-jarang atau tidak langsung hadir ke masjid, maka fokusnya perlu secara individu atau kumpulan yang kecil. Pendakwah mesti turun ke lapangan melalui saluran tertentu untuk mendekati golongan bagi menarik mereka melaksana amalan yang disuruh dan akhirnya meramaikan jemaah di masjid. Para pendakwah tidak seharusnya berpuas hati dengan isi dakwahnya yang menarik, namun situasi di masjid tidak banyak berubah dan gejala keruntuhan akhlak umatIslam semakin bertambah. Keadaan ini tidak seimbang kalaupun tidak mengatasinya. Kita lihat orang yang tidak memperduli azan dengan yang bersegera ke masjid untuk solat lebih ramai. Pendakwah perlu berfokus dan turub ke lapangan dan tidak hanya berdakwah di ruang yang selesa sahaja. Mungkin sahaja ini bukan kajian ilmiah tapi “hear dan say” sahaja.

Leave a Reply