MENGALAH BUKAN BERMAKNA TEWAS

kehidupan di dunia selari dengan cabaran. Cabaran yang membawa kita ke syurgaNya atau ke nerakaNya.Mengalah dengan siapa sahaja dalam hal yang tidak melibatkan akidah bukanlah bermakna kita ditewaskan. Allah jadikan kita pelbagai bentuk, bangsa, keturunan dan sebagainya.Walaupun kita dilahirkan dari leluhur yang sama ianya tidak akan sama dalam semua hal, apatah pemikiran dan keinginannya.Mengambil jalan mengalah dalam sesuatu perbezaan tidak sesekali akan merugikan kita walaupun kita berada di pihak yang benar. Akhirnya kebenaran yang akan menyatukan setiap perbezaan pada penghujung jika salah seorang dari kita beralah.Titik pertemuan pasti akan terjadi apabila salah seorang akan mencari jalan perdamaiannya, walau seorang tidak mencarinya! Namun jika kedua pihak mengelah jalan perdamaian, maka sudah pasti titik pertemuan amat sukar diperolehi. Oleh yang demikian jika pihak yang satu bertegas dengan pendapatnya, maka kita tidak ada pilihan di mana kitalah yang mesti mengalah!

Leave a Reply