MENDAPAT NIKMAT LAILATUL QADAR LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG

Assalamuaaikum wbt.

Pada iudul fitri pertama, kita telah kenal pasti adakah kita bersua dengan malam laitul qadar, sama ada secara langsung atau tidak. Yang menemuinya pasti terdapat perubahan selepas ramadhan. Semestinya lebih baik dari sebelum ramadhan. Pagi tadi, saya meninjau ke sebuah masjid yang penuh pada bulan ramadhan untuk bersolat terawih dan hampir separuh ruang pada waktu solat subuh. setengah jam sebelum solat, jemaah sudah sibuk dengan pelbagai solat sunat, berzikir dan bertadarus Al Quran. PAGI INI AMAT MALANG setelah hampir 10 minit berlalu waktu subuh, azam belum dikumandangkan. Saya meninjau sekitar masjid menari muazimnya. Akhirnya saya memberanikan diri untuk memandai-mandai mencari butan suiz pembesar suara. Terus melafakan azam dengan suara yang memang tiada tunenya. Apa boleh buat sudah menjadi kewajipan. Setelah solat sunat rawatib, pada kebiasaannya paling lewat 20 minit setelah azam solat fardu dimulakan, namun hampir 40 minit belum ada tanda-tanda solat akan dimulakan. Saya perhatikan bilal(MUNGKIN) tercari-cari imam yang akan mengimami solat. Saya perhatikan masing-masing cuba mengelak dengan pelbagai cara termasuk yang kaki masjid (berkopiah dan berjubah). Mahu-tidak mahu saya yang jahil ini ditolak ke depan dengan jemaah “tidak sampai satu saf”. Begitulah situasi selepas ramadhan. Persoalan timbul apakah tentang hasil ibadat sepanjang ramadhan. Ke mana perginya makmum yang sering berqiamulail sepanjang ramadhan, ustaz-ustaz, imam-imam semasa solat terawih yang silih berganti, dan paling utama ke manakah imam yang telah diamanahkan memakmurkan masjid yang “INDAH” ini. cukuplah dengan teladan yang negatif daripada yang diamanahkan dengan solat sekadar 8 rakaat(sudah pasti ada alasannya) tapi malangnya selepas itu berborak kosong di ruang legar masjid. Tuan imam anda memegang amanah yang amat besar, sedarlah. Kesimpulan yang dapat diambil dari peristiwa subuh tadi ialah ILMU. Majoriti mereka beramal tanpa ilmu dan beramal secara ikutan-ikutan sahaja, maka inilah kesudahannya. KITA lihat apa akan jadi dihari mendatang dan ramadhan yang akan datang jika diizinkan Allah kita menemuinya lagi. Mudah-mudahan Allah swt memberi istiqamah kepada kita dalam melaksanakan setiap ibadahnya. wallau’alam. 

Leave a Reply