MENCINTAI SYURGA TAPI TIDAK MENYUKAI TAMANNYA

Semua dan boleh dikatakan 100 peratus orang Islam cita-cita ingin memasuki syurga. Mereka melaksanakan setiap amalan kerana inginkan syurgaNya. Memang itulah yang sepatutnya. Namun, kebanyakkan berhabisan wang ringgit untuk Makkatumukarramah dan Madinatulmunawarah.. Di Madinatulmunawarah, tempat tumpuan utama ialah Masjid Nabawwi dan tumpuan utamanya ialah Raudah (Taman Syurga). Bagaimana kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk ke sana? Adakah mereka ini tidak berpeluang merasai berada di Taman SYURAGA. Allah MAHA pemurah dan MAHA ADIL maka diujudkan Taman Syurga di mana-mana. Carilah, kejarlah, hadirilah, manfaatkanlah semaksima mungkin Taman SyuragaNya. Di manakah Taman-Taman tersebut? Ianya adalah majlis ilmu, majlis zikir dan majlis yang membesarkan Allah, itulah Taman Syurga yang kebanyakkan kita tidak memberi perhatian malah Ada yang menjauhinya. Beradalah di TamanNya sebelum kita ke dalamNya. Mudahan menjadi tali penghubung untuk ke SyurgaNya.

Leave a Reply