Mencari Kemabruran Dalam Ibadah

Setiap ibadah yang ikhlas dan mematuhi syariah pasti akan dikurniakan kemabrurannya. Walau dalam keadaan tertentu dan tempat tertentu amat sukar merasai kepuasannya. Hanya kebergantungan kepada yang Maha Berkuasalah yang menetukan setiap amalan yang kita laksanakan. Fenomena perjalanan ibadah di sesuatu tempat amat berbeza dengan situasi tempat tertentu. Walaupun kita tidak dapat menafi dalam dunia tanpa sempadan para ilmuan Islam bertaburan di merata ceruk. Tetapi situasinya amat berbeza dan pengaruh persekitarannya turut berbeza. Satu contoh yang amat ketara, ialah tentang solat berjamaah di masjid atau di surau. Mungkin di suatu tempat kita akan diimamkan oleh imam yang benar-benar berkrisma dalam aspek keilmuan, tetapi di suatu tempat amat payah untuk menemuinya. Sering kita temui di tempatnya ini ialah imam yang mengimani solat berjemaah yang amat ketara kealpaan dalam solat, terutama perlaksanaan rukun-rukun dalam solatnya. Kita terpaksa terkejar mengikut iman yang bersolat seolah-olah sedang mengejar sesuatu. Bacaan Surah Fatihah bersambung-sambung tanpa madnya, lebih malang lagi tempat yang sepatutnya tidak di madkan telah dimadkan. Pergerakan dari satu rukun ke satu rukun express dan tiada tumaninahnya, kredebiliti pemilihan imam solat juga adalah sambil lewa, asal jangan tiada orang yang mengimani solat sudahlah, biarpun akhlaknya tidak melayakkan seseorang mengepalai solat berjamaah. Apa yang kta harapkan mereka membawa jemaah ke syurga bukan sebaliknya atau jangan imam ke tempat lain dan jemaah ke tempat lain. wallahu’alam

Leave a Reply