MENCARI ILMU AGAMA KENA MELANGKAH DAN ELAK MELOMPAT

Kadang-kadang keinginan mencari ilmu agama membuak-buak di dada apabila tiba mendapat dorongan dari sumber yang tertentu. Ianya suatu yang amat baik, namun kita tidak perlu gopoh untuk meraik semua ilmu sekaligus atau memilih ilmu tertentu yang pada padangan kita segera mendekatkan kita kepadaNya. Sememangnya itulah matlamat kita dalam hidup ini untuk mendekatkan diri padaNya. Namun proses pembelajaran ianya mepunyai tahap-tahap tertentu berdasarkan pengetahuan sedia ada. Murid yang berumur 7 tahun perlu memasuki tahun satu, dua, tiga dan seterusnya dan tidak boleh melompat terus ke sekolah menengah! Begitu jugalah dalam proses meraih ilmu agama. Kita hendaklah bermula dari bawah berdasarkan pengetahuan sedia ada kita! Seandainya kita belum mengenali alif, ba, ta dan seterusnya, maka dari situlah kita kena bermula! Sekiranya kita sudah mengusainya dan berada pada peringkat boleh membaca tetapi hukum tajwid masih lemah, maka dari situlah kita bermula. Ini merupa pendidikan asas supaya bacaan al quran itu betul menepati tajwidnya dan secara tidak langsung bacaan-bacaan dalam solat  dan segala macam doa kita betul dan tepat. Hal ini merupakan sebahagian kesempurnaan solat. Ingat! Solat  merupakan tiang agama dan yang pertama akan dihisab. Walaubagaimana tinggipun pengetahuan tentang tauhid dan sebagainya sekiranya solat kita tidak sempurna, maka amalan kita masih tidak lengkap! Begitau juga tentang hukum fiqah bab solat serta ibadat lain kita kena mendalami supaya dapat kita amalkan dengan sempurna sebagaimana kehendakNya. Dalam masa yang sama, kita boleh juga mendalami ilmu lain bagi memantapkan akidah kita seperti ilmu syariat, usuluddin, tauhid dan sebagainya. Elakkan kita terus mempelajari ilmu yang agak tinggi seperti ilmu tauhid dan sebagainya, tapi kita mengenepikan ilmu asas sebagaimana dinyatakan sebelum ini. Dalam proses mendalami ilmu agama kita kena muhasabah diri kita terlebih atau ‘sedar diri’ di mana tahap kita sekarang!. Apabila kita telah khatam ilmu yang asas, secara  tidak langsung kecenderungan untuk meningkatkan ilmu yang menjelma. Asasnya ialah mengamalkan ilmu yang diperolehi secara istiqamah dan sentiasa ingin yang lebih baik dan lebih baik dan lebeih baik……..

Leave a Reply