MENAMBAH AMALAN SECARA ISTIQAMAH

Sejak dua mejak ini agak ramai yang datang solat berjemaah di masjid, cumanya yang kekal secara istiqamah masih boleh dihitung walaupun setiap waktu kecuali solat Jumaat termasuklah di masjid-masjid yang besar-besar dan mahal-mahal. Namun, ia merupakan suatu permulaan yang positif dari sekali sekala kepada banyak kali kepada bekali-kali dan akhir setiap kali apabila azan berkumandang. Untuk jemaah yang telah istiqamah dengan solat jemaah setiap waktu perlu ada peningkatan dalam amalan sunnah yang lain. Di antara kekal wirid bersama imam sehingga selesai doa(walaupun dengan wirid dan doa sendiri), kekalkan solat sunat rawatib terutamanya solat sebelum fardu Subuh(ganjarannya satu dunia dan seisinya), dapatkan sebuah mehligai di syurga sekurang-kurang sebuah dalam semingg dengan melaksanakan solat sunat rawatib ( 4 sebelum fardu Zohr, 2 selepas fardu Zohor, 2 selepas fardu Maghrib dab Isyak’ dan 2 sebelum fardu Subuh bersamaan dengan 12 rekaat dalam sehari). Seterusnya tambah dan tambah dan laksanakan secara istiqamah. Allah MAHA MENOLONG.

Leave a Reply