MEMPERTAHANKAN AMALAN PELENGKAP KEPADA AMALAN YANG DIFARDUKAN! (I)

Kebanyakan kita telah berjalan mempertahankan amalan yang difardukan seperti solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardu haji bagi yang berkemampuan atau memang berazam kuat untuk menunainya apabila ada kemampuan, mengeluarkan zakat bagi yang mampu dan semuanya telah melafazkan dua kalimah syahadat bagi menandakan diri berada dalam agama yang diredhaiNya. Namun terdapat banyak lagi suruhan melalui kalamNya dan sunnah RasulNya untuk diamalkan oleh orang-orang sebagai pelengkap kepada apa yang difardukan. Hal ini menjadi amalan Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam, para sahabat dan para solehin. Sebagai contoh kita difardukan melaksanakan solat fardu, manakalan pengisiannya ialah melaksanakan tepat pada waktunya dan secara berjemaah (melainkan ada alasan yang syarie). Selain itu dalam solat ianya mempunyai rukun yang mesti dilaksanakan supaya sah solat tersebut. Namun, banyak ramuan supaya solat itu menjadi solat sebagai Nabi Muhammad sallalahu ‘alaiwasallam solat. Perlu dilengkapkan dengan amalan yang merupakan sunat aba’ah dan hai’ah serta bacaan sunat yang lain dalam setiap pergerakan dan rukun dalam solat. Ianya bermula dari berwuduk sehinggalah solat sunat ba’diah. Dalam masa kita dapat mempertahan solat fardu, jika juga semestinya dapat mempertahan solat berjemaah lima waktu.Kita juga semesti dapat mempertahan malan sentiasa membuat penambahbaikan dalam solat terutamanya perkara sunat yang menjadi amalan Rasul sallalahu ‘alaiwasallam secara istiqamah. Rujuklah perkara berkaitan solat Nabi Muhammmad sallalahu ‘alaiwasallam. Kita lihat di bulan Ramadhan yang lalu ramai yang dapat mempertahan solat sunat terawih tetapi tidak ramai yang dapat mempertahan solat tersebut sebagaimana Nabi Muhammad sallalahu ‘alaiwasallam solat. Cubalah buat yang terbaik!

Leave a Reply