MEMELIHARA IMAN – PALING SUKAR

Sukarnya memelihara iman dapat kita lihat pada diri kita sendiri atau orang yang kenali. Sukarnya istiqamah bukan hanya untuk mengekalkan amalan harian, malah amalan mingguan yang kita lakukan sekali sahaja dalam seminggu atau amalan bulanan yang hanya kita perlu lakukan sebulan sekali sahaja sukar kita istiqamah agar kita dapat laksanakan sekali seminggu atau mesti kita lakukan sebulan sekali. Apatah lagi amalan harian. Sebagai contohnya kita menghadiri kulish bulanan secara tetap, namun kadang-kadangnya ada ketika untuk ponteng sekali sekala kerana ada urusan yang tidaklah penting sangat. Mungkin aktiviti tersebut melibatkan pergerakan dari rumah ke tempat kuliah menyebabkan kita kadang merasa kepayahan! Namun, dapatkah kita istiqamah untuk melaksana solat sunat tasbih sebulan sekali tanpa gagal? kita tidak perlu ke mana-mana, hanya perlu lapangkan masa 30 hingga 45 minit sebulan untuk mengamalkan. Namun, kadang-kadang ada bulan yang kita terlepas melaksanakan solat tasbih! Sebulan sekali sahaja, seminggu sekali sahaja! bagaimana amalan harian kita jika itupun gagal kita kekalkan. Bagaimana mahun kekal solat lima waktu berjemaah, solat sunat sebelum subuh setiap hari, zikir tetap pagi dan petang, puasa sunat dan banyak lagi yang perlu kita amalakan secara istiqamah. Kita sering saksikan orang yang dulunya kaki masjid, namun sekarang sudah jarang-jarang, dulu kaki kuliah namun sekarang agak jarang nampak, dulu rajin solat sunat namun sekarang sekali sekala sahaja, dulu paling awal datang ke masjid tapi sekarang kadang tertinggal rekaat pertama, dulu berpakaian seperti ahli agama (berserban dan berjubah dan sebagainya) namun sekarang pakaiannya seperti biasa sahaja. Kejadian ini menggambarkan sukarnya memelihara iman kita.
Bagaimana caranya? Beberapa perkara yang perlu kita amalakan supaya iman kita tidak luntur apatah berpusing 360 darjah.
Di antaranya banyak berdoa dan jangan tinggalkan solat sunat awabbin sekurangnya amalakan seminggu sekali sekiranya kita tidak mampu laksanakan setiap hari. Namun jika ada kelapangan jangan lepaskan peluang untuk solat sunat ini di antara waktu maaghrib dan isyak. Dua rekaat pertama solat sunat kita bertujuan supaya memelihara iman kita dan awabbin, dua rekaat kedua adalah awabbin dan dua rekaat ketiga istikharah dan awabbin. Istikharan di sini bermaksud kita memilih yang terbaik apabila berlaku pertembungan di antara dua pilihan. Sebagai contoh, pada hari minggu kita ada kuliah minggu, namun sahabat ajak kita memancing! mana pilihan kita? Biarlah Allah gerakkan kita untuk hadir kuliah. Pandang beratlah solat sunat ini dengan menghayati bacaan dan doa-doa yang terkadung di dalamnya apabila kita melaksanakan solat awabbin. Tidak ramai memerhatikan keistimewaan yang Allah kurniakan pada waktu yang amat terhad(prima time) iaiti beberapa minit sahaja di antara waktu solat maghrib dan Isyak. Mudahan kita dijauhi menjadi orang yang gagal memelihara iman kita dengan kita sentiasa berdoa dan melaksana solat awabbin serta sunat hajat supaya iman kita dipelihara sehingga kita dipanggilNYA.

Leave a Reply