MEMBUANG EGO – KEPUTUSAN YANG PALING BERAT!

Mohon dijauhi diri kita beramal tanpa ilmu! Ramai yang ingin berubah menjadi muslim yang terbaik! dan sepatutnya begitulah! namun yang menyedihkan masih ramai yang beramal secara ikut-ikutan. Kita perhatikan mereka ini memahami peri pentingnya tadarus al Quran dan berminat untuk melaksananya kerana menyedari bahawa di antara zikir yang terbaik ialah tadarus al Quran. Namun kita perhatikan mereka balik-balik mentadabur surah Yasiin kerana surah inilah yang paling lancar disebabkan diamalannya sejak daripada remaja lagi. Tajwidnya entah betul, entah tidak! Bukan mereka tidak ingin mentadrus surah lain tetapi dek buta al Quran menyebab keinginan tersebut terbatas. Apa yang menyedihkan ialah usia mereka kebanyakkan hampir senja namun bukan sahaja tidak menguasai ilmu tajwid malah tidak mahu berdepan dengan guru untuk belajar ilmu al quran yang betul! Kesempatan hidup menjangkau 50, 60 atau tujuh puluh, namun gagal mengkhatam walaupun sekali kalam Allah. Sampai bila kita ingin bertahan DENGAN SIFAT EGO KITA? MEMBUANG SIFAT EGO MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG PALING BERAT namun jika kita berjaya menghumbangnya KE LAUT anugerahnya ialah mendapat kemanisan dalam beribadat apabila kita yakin dengan ilmu yang kita perolehi bahawa kita berada di landasan yang betul dalam beribadat kepadaNya.

Leave a Reply