MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Sebagai manusia yang hidup dalam sesubuah komuniti sudah pasti biasa memberi dan menerima hadiah. Kita memberi hadiah kepada seseorang kerana hati menyayangi dan sebagai alat untuk mengeratkan hubungan’ maka hadiahlah sebagai tanda arasnya.ini kerana kita hadiah yang kita berikan dengsn ikhkas bukan sahaja dapat mengeratkan saliturrahim tatapi yang terpenting ialah mebdapat pahala daripadaNya sebagai saham di akhirat nanti. Maka, dengan itu hendaknya hadiah yang kita berikan kapada seseorang hendak yang terbaik dan paling disukainya,sekiranya kita pasti kesukaannya, berilah hadiah benda yang paling sukai. Jauhi daripada memberi hadiah dengan hadiah yang kita sendiripun rasa tidak suka jika kita terima hadiah berkenaan. Yakin hadiah yang beri dengan ikhlas akan diganjari pahala sepuluh kali ganda.Janji Allah adalah benar. Bentu ganjaran ada yang dapat lihat secara langsung, tetapi kebanyakkan tidak kita nampak secara langsung, namun jika perhalusi kita dapat rasai ganjaran tersebut dalam pelbagai bentuk. Bentuk kelapangan dalam kehidupan, sebagai contoh dalam seminggu atau sehari tersebut perjalanan hidup kita dalam keadaan lancar tanpa sebarang halangan.Ini juga mungkin ganjaran daripada hadiah dan sedekah yang berikan. Mungkin dalam bentuk kebaikan yang yang kita tidak sedari. Seandainya ganjaran di dunia tidak kita perolehi yakinlah saham kita di akhirat pasti sedia dipetik. Sebaliknya, jika kita yang menerima hadiah atau pemberian, kita terima dengan reda dan senang hati walaupun ianya tidak kita sukai. Besar kemungkinan pada waktu itu hanya itu sahaja yang mampu dihadiahkan kepada kita ataupun ia belum memahami ganjaran berkaitan dengan pemberi dan penerima hadiah.

{ Leave a Reply ? }

  1. waruna

    Assalamualaikum cikgu Mat.
    saya Wan Rusnah sama sekolah masa Sekolah Rendah Machang.
    Cikgu ingat tak Nazri Yaacob. Beliau yg beri blog cikgu pd saya supaya saya dpt kesan cikgu. Sekarang kita orang sedang dalam usaha untuk menubuhkan alumni SK Machang. Harap cikgu beri maklum balas dengan memberikan nombor telefon cikgu. Tq

Leave a Reply