MEMAHAMI TUJUAN BERIBADAT

Dicipta manusia dan jin adalah untuk beribadat kepadaNya. Keyakinan kita terhadap alam akhirat yang kekal abadi merupa pra-syarat untuk kita beribadat dengan bersungguh-sungguh. Ibadat kita di dunia yang fana ini merupakan saham kita untuk meraih rahmatNya ke syurga. Keyakinan ini mendorong kita untuk melaksanakan semua suruhanNya dari amalan yang sebesar zarah hinggalah amalan yang yang besar yang telah difardukan dengan bersungguh-sungguh serta sesempurna mungkin. Kita akan bersungguh-sungguh dalam melaksnakan solat kita dengan solat di awal waktu, berjemaah di masjid atau surau, memastikan rukun solat dilakukan dengan sebaik mungkin sama ada dari aspek bacaan dan perbuatan, membuat penambahan dalam amalan sunat dalam solat samada dalam zikir dan doa dalam solat atau perbuatan yang dapat menyempurnakan solat kita sebagaimana solat Rasulullah SAW. Bermula dari wudhuk sehingga doa selepas solat. Bagitu juga dalam amalan berpuasa. Puasa dengan sepenuh hati dengan mengamalkan amalan tambaham bagi melengkap selengkapnya amalan fardu puasa kita. SELAIN dari semua amalan fardu yang kita yang kita laksanakan berkelas A +++++… kita juga melaksana amalan suruhannya yang sunat juga secara bersungguh-sungguh. Bersungguh=sungguh di sini maksudnya melaksanakan secara istiqamah dan sentiasa membuat SEMAKAN dari masa ke masa agar amalan bertepatan dengan suruhan dan berterusan. Tanpa keyakinan terhadap hari akhirat yang pasti akan tiba menyebabkan amalan kita kadang pasang surut dan dilaksakan ala kadar dan yang parah lagi adalah amalan ikut-ikutan tanpa ingin mendalami ilmu berkaitan dengan amalan kita. Mohon kita dijauhi daripadanya.

Leave a Reply