MEKAH? APA YANG KURINDUKAN?

Hanya dua tujuan kita ke sana! Satu-satu yang terutama ialah bagi mengerjakan ibadat FARDU HAJI dan yang terutama sunnatnya ialah melaksanakan ibadat UMRAH. Di sana inginku laksanakan ibadat yang paling baik di antara yang terbaik supaya dianugerahi HAJI yang Mabrur!. Akan akan laku semua ibadat yang terbaik dan istiqamah di sini untuk diamalkan di sana. Dan apa yang diamalkan di sana aku akan amalkan setelah pulang dari sana! Persiapan yang terbaik untuk ke sana supaya di sana ianya menjadi amalan yang rutin dengan tambahan plus, plus dan plus…. Kerana aku di sana hanya untuk kerja ibadat sahaja. Amalan solat sunatku inginku gandakan lagi. Solat berjemaah adalah impianku di sana tanpa cacat keHadiran kerana di sini aku berjemaah dengan beberapa saf sahaja dan terkadang aku dan imam sahaja. Namun di sana akau pasti tidak akan melepaskan peluang berjemaah dengan ratusan ribu jemaah setiap lima waktu dan di antara jemaah ada yang paling alim, para wali yang yang hebat-hebat. Ku juga ingin merasai puasa di sana di bawah suhu yang terpanas. Ingin merasai perit bagaimana Rasul s.a.w dan umatnya berpuasa dalam keadaan yang amat mencabar di sana. Puasaku penuh dengan pancaroba untuk menagih puasa yang mabrur. Di sana kita terpaksa melawan nafsu dalaman yang lebih hebat dengan nafsu luaran. Di sini banyak halangan dalam bertadarus al Quran, Namun di sana akanku KHATAM berkali-Kali. Rukun haji akanku laksanakan paling baik dan pengisian ibadat dalam melaksanakan rukunnya akan diisi dengan semaksima mungkin. Akan akan membuat persiapan yang lebih dan paling baik daripada ibadat yang lalu. Itulah keinginan ku kini dan selamat jika dianugerahi peluang sekali lagi mengerjakan rukun yang kelima itu. INILAH CITAKU KE SANA LAGI NANTI. MOHON mabrurlah keinginan ku dan semuanya.

Leave a Reply