MASJID OH MASJID

Sebagai hambaNya, masjid merupakan destinasi PRIMA selain rumahtangga. Dulu menjadi tempat pesinggahan untuk melelapkan mata apabila bermusafir atau menghadiri temuduga di ibu negeri.Ramai rakan yang tidak berkemampuan dan tiada sanak saudara di distinasi musafir atau urusan temuduga maka masjidlah hotelnya. Kebanyakkan masjid masa dulu terbuka untuk mereka ini. Namun sejak akhir-akhir ini masjid hanya dibuka dari jam 5.00 am hingga 10.00pm, malah ada setengahnya belum sempat jemaah menyempurnakan solat sunat rawatib Isyak, siaknya telah mematikan lampunya.Ada juga masjid tidak memberi peluanh untuk jemaanya beriktikaf selepas solat Subuh, kerana siaknya mematikan lampu dan menarik gril pintu(gril berbunyi kuat supaya jemaah maklum masjid akan dikunci dan akan dibuka menjelang solat fardu zohor!. Syukur, Masjid Negeri Kelantan, Masjid Muhammaddi masih menyediakan ruang untuk meusafir kelana yang perbagai tujuan. Ruang solat dibuka seawal jam 4.00am sehingga lewat malam untuk jemaah beribadat. Moga-moga masjid di tempat lain pun dapat mencari kaedah yang sesuai untuk musafir yang daif ini. Mungkin pengendalinya mempunyai sebab musabab kenapa peraturan tersebut diadakan. Namun, carilah ruang untuk para musafir beriktikaf dan menumpang teduh di sana.

Leave a Reply