MASJID ADALAH DESTINASI UTAMA

Hadir bukan hanya ada kelapangan atau kebetulan atau ‘trend’atsu apa saja yang bersifat sementara tapi datang ke masjid memang suruhan Allah! Oleh yang demikian kita kena mendalami proses dan pengisian semasa kita ke masjid, di masjid dan keluar dari masjid.

Proses perjalanan ke masjid melibatkan pergerakkan fizikal. Ianya bermula dengan berwuduk di rumah, keluar dari rumah dengan langkahan kaki kiri, masuk ke masjid dengan langkahan kaki kanan, duduk saf yang paling hadapan sekiranya masih ada ruang dan jaga adat melangkau saf-saf, elakkan dari bersandar di tiang-tiang atau dinding-dinding, jika ruang depan masih ada, jangan sekakali-kali mencari posisi di behagian belakang. Hal ini mengelak daripada menghalang laluan jemaah yang ingin melaluinya (elakkan daripada solat sunat yang menyebab orang yang melintasi kita berdosa kerana melintasi orang sedang solat).
Proses pengisian ialah bermula dengan doa dalam setiap anggota kita semasa kita berwuduk dan diikuti dengan doa wuduk dan sempurnakan wuduk dengan solat sunat wuduk. Kemudian bergerak ke masjid dengan doa atai zikir menuju masjid, diikuti dengan doa masuk ke dalam masjid. Sebaik sahaja masuk ke masjid pasti kita solat tahiyatul masjid sebelum kita duduk atau sekiranya kita berwuduk di masjid boleh gantikan solat tahiyatul masjid dengan solat sunat wuduk. Seusai solat sunat kita bolehlah niat ‘itikaf. Sementara menunggu azan boleh solat-solat sekiranya tersebut bukan waktu dilarang bersolat atau tadarus alQuran atau berzikir. Elak daripada berbual kosong kecuali topik berkaitan ibadat. Masa yang terluang boleh juga digunakan untuk menghafal ayat-ayat al Quran, mungkin di waktu lain kita sibuk dengan urusan atau keperluan lain. Jadikan amalan tadi secara istiqamah agar kehadiran kita ke masjid mendapat ganjaran yang paling maksima.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. top10 - Trackback on 2016/07/21/ 04:38
  2. sơn nội thất dulux 5 in 1 - Trackback on 2016/09/13/ 04:40
  3. Fencing - Trackback on 2016/10/13/ 08:06
  4. Best free movies on youtube - Trackback on 2016/10/21/ 20:42