MASA TERUS BERGERAK, HAYAT KITA SEMAKIN HAMPIR, BERSEDIAKAH KITA?

Sama ada kita menyedari atau tidak, masa begitu pantas berlaku. Umur kita semakin singkat! Mahu tidak mahu kita kena bersedia untuk menghadapi kematian yang akan mengunjungi kita bila- bila masa sahaja. Satu alam yang kekal abadi yang akan huni di sana. Di manakah tempat tinggal kita di sana? syurga? neraka?. Sudah pasti semuanya ingin menghuni di syurgaNya, untuk itu, cukupkah dengan amalan-amalan biasa-biasa sahaja atau sekadar buat sahaja? Sebenar kemanisan kehidupan di dunia akan kita kecapi apabila kita beramal DENGAN bersungguh-sungguh. Sekiranya kita ingin merasai kemanisan beramal, maka kenalah meningkatkan amalan kita secara istiqamah. Solat fardu perlu dilengkapi dengan solat sunat terutamanya yang muakad serta yang menjadi amalan Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam serta para orang soleh. Pelbagai solat sunat untuk dilaksanakan sama pada siang atau malam hari, maka lakukanlah satu persatu secara istiqamah! Selain puasa yang fardukan terdapat puasa-puasa sunat yang menjadi amalan para SOLEHAN yang mampu kita amalkan secara istiqamah! Terdapat banyak zikir yang menjadi amalan bakal penghuni syurga yang boleh kita amal secara berterusan( istiqamah ) bagi melengkapkan tentatif perjalanan hidup kita. Begitu juga dengan amalan lain sama ada ibadat khusus atau ibadat umum serta menjaga hubungan sesama manusia. SeboleHnya kita mahukan seramai mungkin berusaha menuju ka syurgaNya. Untuk semua ini ILMUlah panduannya. Apa yang perlu kita amalkan , bagaimana kita mengamalkan serta kenapa kita perlu amalkan, ILMU yang memandu kita.

Leave a Reply