MARILAH KITA BERSUNGGUH UNTUK ISTIQAMAH

rezeki tidak akan datang menggolek jika kita tidak berusaha. Sunnahnya jika kita berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki dengan izinNya rezeki akan bertambah jika kita bandingkan dengan situasi sebaliknya.Namun penentu akhirnya ialah Allah swt. Dalam beramal, tanpa bersungguh-sungguh amalan kita tidak ke mana. Seketika amalan kita naik dan pada ketika lain turun, dan yang menyedihkan ianya jatuh menjunan dan ada “stop!’. Bersungguh adalah kunci kepada amalan istiqamah. Kena bersungguh untuk datang solat berjemaah, bukan mengikut kehendak hati atau kelapangan. Kena bersungguh berusaha bangun malam, bukan sekadar terbangun atau ketika kita tidak mengatuk sahaja atau ketika kita tidak penat sehaja. Kena “setting” waktu bangun dengan apa jua cara, sama jam loceng dan sebagainya. Seandai satu jam loceng tidak berupaya membangunkan kita, kalau perlu tambah kepada dua bua sehingga kita terbangun. Begitu juga dengan amalan sunat kita kena ‘set’ bersungguh-sungguh. Umpamanya solat sunat setiap hari perlu ada senarai semak. Senarai semak amalan hari kena tentu pada awal bukan akhir! Semak apakah jadual solat sunat yang hendak dilakukan pada hari ini. Bermula dari qiamulai, sunat rawatib, zikir pagi dan petang, zikir dan doa harian dan sebagainya. Pastikan ia dilaksana secara rutin, ‘Flaxible’ kan masa supaya halangan yang berbangkit dapat diatasi segera supaya amalan tetap dapat kita amalkan. Kena bersungguh merancang amalan harian kita dan berusaha bersungguh-sungguh  agar kita tidak’ back to the future’  kepada yang ‘flip flop’ kita.

Leave a Reply