MALASNYA KITA

Malasnya kita beramal. Malasnya mengambil masa untuk beberapa minit sahaja untuk solat sunat rawatib yang ganjaran sangat besar di samping menampung kekurangan solat fardu kita. MALASNYA kita duduk seketika untuk berwirid selepas solat. MALASNYA kita untuk berdoa selepas solat sedang besar dan bermacam-macam keinginan kita. MALASNYA kita bersalaman dengan jemaah sedangkan itu mengeratkan silaturrahim di antara kita. MALASNYA kita melempar dan membalas senyuman, sedangkan ia menambah pahala tanpa sebarang bayaran. MALASNYA kita menambah bacaan dalam setiap rukun dalam solat sebagaimana diajar oleh jujungan besar Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam, kita merasa sudah cukup dengan bacaan yang sudah biasa amalkan belasan atau puluhan lalu. MALASNYA kita menambah bacaan iftitah kita. MALASNYA kita menambahkan bacaan dalam rukuk kita. MALASNYA menambah bacaan dalam ‘iktidal kits. MALASNYA menambah bacaan dalam sujud kita. MALASNYA kita menambah dalam bacaan tahiyat akhir kita. MALASNYA kita menjawab azan dan iqamat dengan sempurna dan BERSUNGGUH-sungguh. MALASNYA bangun malam untuk Qiamulai dengan solat sunat taubat,tahajud ,hajat dan witir. MALASNYA untuk hadir ke masjid untuk solat fardu berjemaah secara istiqamah. MALASNYA menghafal dan mengamalkan zikir pagi dan petang secara istiqamah. MALASNYA berpuasa sunat ISNIN dan Khamis. MALASNYA bertadarus walaupun beberapa ayat dalam sehari. MALASNYA kita menghadiri majlis ilmu. MALASNYA dan MALASNYAlah yang menjadi kita terus jahil dan jahil. RAJINNYA dan RAJINNYA membawa kita hampir kepadaNya dan mendapat manisnya beribadat. Buang MALASNYA dan gantilah dengan RAJINKAN satu persatu ibadat di atas secara istiqamah!

Leave a Reply