MAKSIMAKAN AMALAN KETIKA BERADA DI RUMAH ALLAH

Kita hadir ke masjis untuk beribadat dengan melaksanakan tuntutan secara berjemaah. Rumah Allah yang bebas dari maksiat dan segala gangguan yang kita tempuhi apabila berada di luar rumahNya. Kita akan berasa tenang, selesa dan ‘privacy’ untuk menumpukan ibadat kepadaNya. Oleh itu apabila kita berada di masjid, hendaknya kita sedaya u paya dengan semaksima mungkin melaksanakan ibadat kepada sama ada yang difardukan atau disunatkan. Seboleh-bolehnya jangan sesakli membazir masa selain beribadat kecuali untuk hablul minnas ( mengerat tali saliturrahim sesama manusia). Laksanakan semua solat sunat yang sepatutnya dengan tambahan solat-solat sunat yang sukar kita kerjakan di luar rumahnya. lafazkan zikir yang menjadi sunnah semaksima mungkin, tadarus dan tadabbur serta apa sahaja amalan yang diperintahNya semasa berada di masjid. Kita semua sedia maklum dengan kesibukan kita serta peranan syaitan yang melalaikan apabila kita berada di khalayak berbanding di rumahNya.

Leave a Reply