MAKNA IFTITAH YANG AMAT MENUSUK KALBU

اَللهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. أِنِّ وَجَّهْةُ وَجْهِيَ ِللذِيْ فَطَرَالسَّمَوَاتِ وَاْلآَرْضَ حَنِيِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمْحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ -maksudnya:
Allahu Akbaru kabira walhamdu lillahi kathira wasubhanallahhi bukratau waasila. Inni Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil’alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan pencipta langit dan bumi dengan berpegang kepada agama yang lurus dan aku bukan dari golongan musyrik. Sesungguhnya solatku,ibadatku dan hidupku serta matiku adalah semata-mata untuk Allah Tuhan sekelian alam, tiada sekutu bagiNya dan untuk itu aku diperintahkan dan aku termasuk dari golongan orang muslimin.
ALANGKAH BERKESAN LAGI JIKA DISAMBUNG SECARA ISTIQAMAH DOA SELEPASNYA DOA YANG KITA BIASA BACA DI ATAS YANG DIAJAR RASULULLAH SALLALAH HU ‘ALAIWASALLAM.Boleh didapati dari para guru atau buku doa.

. اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذَنْبِي جَمِيْعًا إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ. وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلاَقِ، لاَ يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ. وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا, لاَ يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ. لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Yang maksudnya- Ya Allah, Engkau adalah pemerintah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.Engkau Tuhan dan aku hamba, aku telah menzalimi diriku sendiri dan mengaku kesalahanku, maka ampunilah semua kesalahanku. Sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni kesalahan selain Engkau. Tunjukkanlah kepadaku akhlak yang baik, tidak ada yang boleh menunjukkan kepadanya kecuali Engkau. Hindarkanlah aku dari akhlak yang jahat, tidak ada yang boleh mengindarkanku daripadanya kecuali Engkau.Aku sahut seruanMu denga kegembiraan yang berganda-ganda, seluruh kebaikan di kedua tanganMu. Kejahatan tidak ada padaMu. Aku hidup dengan pertolonganMu dan untukMu.MAHA SUCI ENGKAU DAN MAHA TINGGI, aku memohon keampunanMu dan aku bertaubat kepadaMu.

Leave a Reply