MAKMUM MESTI PASTIKAN BACAAN PENGETAHUAN FEQAH DALAM SOLAT JUGA YANG TERBAIK

RAMAI yang menolak untuk ke depan mengimani solat apabila ketiadaan imam tetap di masjid atau di tempat lain apabila ingin mendirikan solat fardu berjemaah. Masing-masing ingin imam yang terbaik dari aspek tajwid bacaannya atau hukum feqahnya. Kita merasai bahawa kelemahan dalam aspek di atas boleh menjejaskan kesempurnaan solat. Tahun pun kita! Namun sudah berusahakah kita untuk memastikan bacaan dan fiqah kita terbaik seperti yang kita harapkan kepada orang yang mengimami solat kita? Sepatutnya kita sebagai jemaah semua memiliki kemahiran sebagaimana imam tersebut. Seandainya kita sendiri masih meragui keupayaan bacaan dan fiqah kita, maka apakah tindakan kita? Bertahan dengan situasi begitu atau berusaha memperbaiki diri agar menjadi yang terbaik dalam aspek tajwid dan fiqah dalam solat! Keraguan yang kita rasai terhadap keupayaan diri kita, tetapi dalam waktu yang sama kita sedang meng’upgred’ ilmu kita itu tidak mengapa dan itu adalah normal. Namun yang amat menyedihkan kita ialah kita meragui kemampuan dalam aspek beribadat terutama yang paling asas seperti bacaan dalam solat tetapi dalam masa yang sama kita tidakpun berusaha meng’upgraded’nya dengan kata lain ‘bertahan’ sahaja dengan apa yang ada!. Hanya menharap orang lain yang kita rasa lebih baik dari kita, namun kita tiada inisiatif untuk menjadi sepertinya kalaupun tidak lebih baik. Marilah kita menjadi makmum yang terbaik supaya solat berjemaah kita terbaik. Kita mahu imam yang terbaik ilmu agamanya dan kitapun apa kurangnya. Kalau ada keraguanpun, keraguan yang dalam proses menghilangakan keraguan(dalam belajar). Kalau dalam ilmu psikologi ada istilah ” kelaguanlah yang akan menghilangkan keraguan”.

Leave a Reply