MAKMUM KIRIMAN ALLAH

Solat jemaah merupakan suatu tuntutan khususnya bagi lelaki. Amalannya menjadi mudah jika sudah menjadi amalan harian. Allah pasti memberi masa untuk kita berjemaah. Jika masanya terhad disebabkan ada keutamaan Allah akan sediakan makmum atau imam untuk kita. Peristiwanya belaku pada solat zohor, dek kerana kesibukan tugas untuk melayan pelanggan, maka solat biasanya dikerjakan seusai tugas utama bersama teman. Namun. entah bagaimana teman yang selalu berjemaah pulang awal. Hati menjadi risau kerana tiada lagi orang yang ingin solat berjemaah di masjid ini. Solat berseorangan jarang belaku. Allah MAHA MENDENGAR mendengar kekecewaan hambaNya kerana tidak dapat berjemaah kerana tiada teman untuk berjemaah seperti kebiasaan telah mengirim makmum yang datang dari jauh untuk solat berjemaah dengan hambaNya.Peristiwa menggambarkan Allah memudahan amalan hambaNya jika kita istiqamah.Kadang-kadang Allah melambat solat di sesuatu tempat kerana menunggu hambaNya yang dalam perjalanan ke sana untuk berjemaah. Asma ul husna Allah (Al Mujib).

Leave a Reply