MAKIN BERUSIA , MAKIN KENA TAMBAH IBADAT KITA

Apabila usia kita semakin meningkat, Allah akan kurangkan keutamaan atau tenaga kita perlahan mengikut peningkatan usia. Namun, Allah telah mengurniakan juga kelebihannya. Di antara nafsu makan akan berkurang, masa untuk tidur juga akan berkurang dan masa untuk bekerja juga akan berkurang sekirangnya kita membuat persiapan untuk HARI tua. Maka dengan itu, banyak masa boleh kita gunakan untuk menambah amalan kita. Masa yang sebelum kita guna untuk berbagai tujuan terutama yang melalaikan boleh kita gantikan untuk beramal. Sebagai contoh, sebelum ini kita asyik lepak di warung-warung dengan kawan-kawan bolehlah kita gunakan untuk beriktiqaf di masjid, masa yang banyak digunakan untuk bersukan, yang apabila usia semakin  meningkat keupayaan untuk bersukan semakin berkurang, maka gantikanlah masa tersebut untuk pelbagai amalan seperti menambah ilmu agama, menambahkan amalan sunat dan sebagainya. Raikan usia dengan menambahkan amalan.

Leave a Reply