MAJLIS ILMU, APA HASILNYA?

Paling singkat setengah jam kita berada di majlis ilmu. Ada masanya memakan masa satu hingga dua jam. Ada program tertentu kita akan berada di majlis sehari suntuk atau sehingga lapan jam. Ada kalanya majlis berjalan lebih dari sehari. Apatah lagi penutup yang pengkhususan di bidang agama, ianya memakan maaa bertahun!. Mereka yang terlibat dengan majlis ilmu tersebut bukan beberapa orang, malah kita boleh anggarkan puluhan ribu dalam satu-satu masa! Jika kumpulkan kesemuanya, memang jumlahnya amat ramai! Namun hasilnya bagaimana? Contohnya mereka yang menumpukan ilmu berkaitan solat. Begaimana kualiti solat golongan ini? Kualiti berkaitan dengan perlaksanaan perkara rukun, wajib dan sunat dalam solat. Apa ada perbezaan dengan solat orang awam atau yang baru berjinak dengan solat. Bagaimana dengan solat-solat sunatnya? Apakah diamalkan sepenuhnya apa yang diperolehi dari majlis ilmu yang dihadiri? atau sekadar mengisi masa atau memenuhi tuntutan menuntut ilmu sahaja? Apa yang sepatutnya setiap ilmu yang kiya perolehi kita cuba amalkan semaksima mungkin ilmu tersebut secara istiqamah. Sepatutnya juga ada peningkatan dalam aspek kualiti solat kita. Sepatutnya ratus ribu ummah yang sering mendampingi majlia ilmu kualiti solatnya ‘fisrt class’ buka sekadar solat sahaja. Sepatut kita dapat lihat perbezaan kualiti solat mereka ini dengan orang awam yang baru berjinak dengan solat. Sebagai contohnya, takbirratul ihram yang berkualiti, bacaan iftitahnya lengkap aebagaimana amalan rasul sallahu ‘alaiwasallam, rukuknya sempurna disertai dengan bacaan dalam rikuk yang lengkap, buka sekadar bacaan ‘subhanarabial ‘azim’ tapi disertai dengan bacaan yang membesarkan Allah, sebagaimana yang di amalkan oleh Nabi sallahu ‘alaiwasallam. Begitulah rukun-rukun lain dalam solat sehinggalah zikir selepas solat. Bab ibadat yang lain seperti puasa, zikir dan sebagainya aepatutnya berkualiti dan ratusan ribu sedang mengamalkannya. Namun realitinya sampaikan lima peratus dari penuntut ilmu yang telah mengamalkan apa yang diperolehi dalam majlis ilmu? Kita kena tanya diri kita masing-masing!

Leave a Reply