MAJLIS IFTAR -MENEPATI SUNNAH?

Menjamu orang berbuka merupakan satu amalan yang diamat digalakkan. Namun, amalannya biarlah menepati sunnah. Jemputannya hendaklah menyeluruh dan yang lebih afdal ialah para fakir miskin dan jiran tetangga. Majlis Iftar hendak disusun dengan sebaiknya agar menepati sunnah dan tidak menjejaskan amalan yang menjadi istiqamah para jemputan. Elakkan program yang hanya mementingkan kehendak tuanrumah sahaja, tetapi biarlah ia memenfaatkan semua jemputan. Sebagai contoh program dicadangkan bermula dengan tadarus dan bertadabur sekitar setengah jam sebelum bebuka dan diakhiri dengan doa selamat untuk semua hadirin khususnya dan umat Islam amnya. Tetamu hendaklah menepati masa jemputan yang ditetapkan supaya majlis berjalan lancar. Program ini mengelak para hadirin dari berbual kosong yang boleh menjejas pahala puasa dipertahankan olehnya sampai saat ini. Tuan rumsh hendaklah bersedia dengan doa berbuka yang lengkap dari sunnah. Makanannya tidaklah terlalu mewah kerana keutamaan adalah majlis Iftar yang sangat diberkati. Hidangan janganlah sampai membazir atau tuan rumah terpaksa menyediakan petuntuakan yang membebankan. Telitilah tujuan majlis tersebut digalakkan. Maklum dan atur solat bejemaahnya, masa dan di manakah ia didirikan. Sediakan ruang waktu untuk jemaah melaksanakan solat fardu betjemaah serta sunat MAGHRIB yang merupakan sunat muakad. Jelaskan dengan jelas apakah majlis termasuk solat fardu isyak dan terawih di rumah tuan rumah atau majlis bersurai selepas majlis berbuka. Hal ini penting kerana ada di kalangan tetamu yang istiqamah amalannya. Majlis berbuka di masjid amat digalakkan dengan kita turut menyediakan juadah berbuka. Majlis berbuka di masjid biasanya akan dihadiri semua golongan Masyarakat tanpa mengira tahap kedudukan di samping sudah pasti kita dapat solat MAGHRIB, isyak dan terawih berjemaah serta dapat melakasanakan solat sunat lain atau bertadarus dan sebagainya pada masa di antara sebelum berbuka sehinggalah solat isyak dan terawih didirikan. Elakkan majlis Iftar hanya menjemput orang tertentu sahaja atau kalangan VIP/VVIP sahaja. Ini kerana majlis yang berkati adalah majlis yang ada orang miskin di dalamnya. Agak sedih juga kerana telah menghadiri majlis Iftar jemputan rakan taulan yang tidak ada seorangpun fakir miskin! MOHON KEAMPUNAN-MU YA ALLAH,

Leave a Reply