MAHA BESAR DAN MAHA PENGASIHNYA ALLAH

Allah yang MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG tidak sekali-kali membiar hamba ke nerakaNya kecuali memang mereka kepingin sangat menyengsarakan diri mereka di dalamnya. Syukurlah bagi mereka yang sering ke masjid untuk berjamaah. Bagi hambaNya yang sedikit keberatan, maka Allah tidak membiarkan begitu sahaja. Allah adakan kewajipan solat Jumaat, maka sekurang-kurang seminggu sekali mereka berjemaah di masjid. Kepada mereka yang tidak konsisten ke masjid, maka Allah , tetapkan sebulan pada Ramadhan, ummat Islam yang cukup syarat wajib berpuasa dan ramai yang mula mengunjungi masjid can Surau untuk berjemaah dengan lebih kerap termasuk solat Subuh yang agak berat. Ada juga sebahagian langsung tidak ke masjid tetapi masih mengaku darinya Islam. Maka, Allah sediakan solat sunat hariraya. Sekurang-kurang setahun sekali hadirlah juga mereka ini ke masjid. Gambaran ini dapat dilihat pada peningkatan kehadiran solat jemaah harian, mingguan(Jumaat) dan tahuan( solat HARI Raya).
Nah lihatlah betapa MAHA PENGASIHnya Allah kepada hamba, diatur supaya mengingatiNya setiap masa. Allah boleh membiarkan hambaNya, namun Allah MAHA pemurah dan MAHA PENYAYANG. Allah hu Akbar walaillah hilhad.

Leave a Reply