Mabrurkah Solat Terawih Kita?

Sebagai hamba Allah yang taat dan yakin dengan keesaanNya, sudah pasti kita mahukan setiap amal yang kita laksana adalah mabrur. Kerana dengan kemabruran amalan kita, balasannya adalah Jannah. Sempena dengan kedatangan Ramadhan al mubarak kali ini, kita mahukan ibadat puasa kita mabrur, selain solat yang kita laksanakan 5 kali sehari tanpa mangkir. Untuk mendapat pahala dan puasa mabrur ibadat tambahan perlu kita laksanakan dengan sebaik mungkin.Di antaranya ialah solat terawih pada malam hari. Solat terawih dan solat sunat yang lain seperti juga solat fardu, ia mempunyai syarat dan rukun yang sama. Jika tidak tidak mematuhi segala rukun sudah pasti solat kita sama ada yang fardu atau solat sunat lain seperti terawih dan lain akan tertolak(tidak mabrur), maka hasil yang kita dapat adalah penat dan membuang masa. Malah yang paling azab sekali ialah sembahyang kita akan dilempar ke muka kita oleh Allah swt nanti. Bersempena dengan bulan yang mulia ini marilah kita terutama para iman solat terawih agar dapat mendidik diri kita dan para makmum agar tidak melanggar rukun solat. Di sini di perturunkan 13 rukun solat yang seharusnya dipatuhi dalam menunaikan solat sama ada solat fardu atau sunat”

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
Orang Islam.
Menghadap arah Kiblat
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
Akil baligh
Melihat atau mendengar.
Jaga (tidak tidur)
Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang

Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
Sesudah masuk waktu sembahyang.
Menghadap ke arah Kiblat.
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
Batal Wuduk.
Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
Terbuka Aurat.
Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
Tertawa Terbahak-bahak.
Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
Berubah Niat.
Mendahulu Imam sampai dua rukun.
Meninggalkan rukun Sembahyang.

Leave a Reply