LURUS DAN RAPATKAN SAF

Di antara kesempunaan solat berjemaah ialah meluruskan dan saf. Banyak manfaat secara simboliknya. Banyak lagi fadhilatnya dan ganjaran yang Allah sediakan melalui hadis Rasulullah s.a.w. namun, setiap kali dan banyak tempat yang kita solat di masjid inilah masalahnya. Setiap kali imam ingatkan makmun supaya lurus dan rapatkan saf. Ramai yang tidak peduli! Buat tidak reti sahaja! Kenapa? Susah sangat ke untuk betul dan RAPATKAN saf? Tidak sudikah untuk solat rapat-rapat dengan saudara semuslim? Takut penyakit berjangkit ke? Rimaskah? Atau rasa diri lebih mulia dan perlu berada di ruang yang selesa dan tidak boleh berimpit-himpit? Atau merasai diri VVIP? Kenapa ya? Susah sangat ke? Fenomena ini meluas dan mnedukacitakan. Adakah kita sedar bahawa keingkaran ini seolah menolak sunnah RasulNya? Kadang-kadang makmun di sebelah menarik supaya rapat pun lain macam mukanya. Harap kita tidak begitu. Makmun yang di kanan bergeraklah ke kiri serapat dan selurus mungkin dan makmun di kiri bergeraklah ke kanan selurus dan serapat mungkin supaya solat berjemaah kita sempurna. Belum sempurna lagi jika rajin ke masjid berjemaah tapi masih tidak mematuhi sebahagian sunnah RasulNya. Berjemaah mengikut sunah tapi saf menentang sunnah. Harap bukan kita.

Leave a Reply