LATIFAH RABBANI

Minggu ini berkesempatan berprogram di Tawau. ‘Latifah Rabbani’ yang disampaikan oleh TG Hashim Jasim, istilah Arab yang bermaksud kemanisan yang sangat halus dalam sanubari yang kita dapati hasil perjuangan menegakkan agama Allah. Dalam perjuang menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batin, mungkin kita tidak mendapat apa-apa, malah pelbagai ujian yang terpaksa kita hadapi berupa tekanan, kepayahan, ancaman dan sebagainya. Realitinya ujian-ujian yang kita hadapi tidak pun sebesar hujung kuku jika dibandingkan dengan ujian yang dihadapi oleh Rsulullah sallahu ‘alaiwasallam semasa memperkenal Islam di dalam masyarakat jahiliah dahulu.Namun dengan adanya keyakinan dan keikhlasan keranaNya kita akan merasai ‘latifah Rabbani’ sebelum kita menuai hasilnya di akhirat kelak.

PROMENADE HOTEL TAWAU

Leave a Reply