LAPANGKAN MASA SEKETIKA UNTUK ALLAH DANGAN SOLAT YANG TERBAIK

Ungkapan di atas pernah diungkapkan, namun untuk sekian kalinya ianya sering mengalaminya. Sebagai makmum yang jahil berimamkan imam yang berilmu, namun hati rasa amat terkilan, rasa tidak puas hati sering menjelma, terkadang rasa marah dalam sanubari pabila dipimpin dalam meangadapNya(solat) oleh imam yang entah kenapa semacam mahu cepat sahaja berpaling daripada! Kitakan sedang mengadapNya. walaupun kita tidak dapat melihatNya, namun DIA tersangat hampir dengan kita! Bayangkan betapa jika kita sesama manusia yang berada paling dekat dengan kita, dia akan dapat melihat apa sahaja perbuatan dan tutur kata kita!. Allah lagi hampir sebagai darah mengalir dalam jasad kita, DIA lagi yang Maha Melihat, Maha Mendengar walaupun pada lintasan hati dan semua MAHA Allah miliki. Dalam pada itu melaksanakan solat sekadar ala kadar sahaja, seolah mahu segera berpaling dariNya. Tidak bolehkah kita lapangkan seketika untuk melamakan sedikit untuk hanya beberapa minit lagi berdepan denganNya untuk melaksana solat dengan penuh tu’maninah dalam menjaga rukun solat (lakasanakan setiap satu dengan tenang tidak seperti mengejar susuatu (yang sebenarrnya tiada yang dikejar), membaca bacaan yang rukun dan yang sunat dengan tertib sambil menghayati maksud bacaan tersebut, rukuk, ‘itidal, sujud dan duduk antara dua sujud dengan tenang sambil tidak melepas peluang untuk berzikir memuji di samping mengambil kesempatan berdoa sebagai amalan rasul sallahu ‘alaiwasallam. Hanya untuk memberi persembahan solat yang terbaik kita hanya menambah masa untuk beberapa minit yang amat berbaloi kerana kita sedang berinteraksi denganNya. Soalt bukan sekadar melepas tanggungjawab difardukan ,namun menghadirkan hati untuk membuktikan kita menyembahNya dengan bersungguh-sungguh dan penuh kesedaran bahawa kita hambaNya dan patuh kepada perintahNya. Kadang apabila mengadapNya seolah mahu kekal begitu terutama ketika bersujud kepada, biar sujud selamanya sehingga berakhir di situ nyawa ini.

Leave a Reply