LANGKAH-LANGKAH KE ARAH ISTIQAMAH 1

Amalan yang kita persembahkan kepadaNya perlulah amalan yang mamatuhi KPI yang Allah tetapkan sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Solatnya mestilah mematuhi rukun-rukunnnya berserta dengan bacaan di dalam solat mestilah betul dari aspek tajwidnya. Perbuatan yang dirukunkan dan disunatkan dalam solat mestilah menepati piawai yang ditetapkan supaya amalan solat kita menepati apa yang diperintahkanNya, mudahan solat kita diterimaNya. Apabila kita melaksanakan sebagai yang dinyatakan di atas akan memberi keyakinan dalam amalan-amalan lainnya. Ramai orang (termasuk diri sendiri) yang hadir solat berjemaah namun,di hati masih rasa kekurangan dalam solat yang lakukan disebabkan kekurangan dalam aspek tertentu teutamanya dari segi bacaan dan sebagainya. JADI, langkah pertama yang perlu kita lakasanakan ialah mendalami ilmu al Quran. Kita sering lihat orang yang hanya rajin membaca berberapa surah terpilih sahaja. Terutamanya bacaan surah yasin pada malam JUMAAT atau pada hari-hari lain. Kenapa? Kerana itulah sahaja surah yang mereka baca dengan lancar walau kita dapati lancar dari aspek bacaan, namun tidak mematuhi hukum tajwid nya. Aplikasinya, kita ingin meraih pahala namun dosa yang dibalasNya. Oleh itu, bersegeralah kita mendalam ilmu al Quran supaya amalan kita menepati apa yang disuruh dan menghidari dari amalan yang nampaknya baik tapi impaknya dosa. Apabila ilmu Al Quran sudah terisi di dada,sudah pasti mendorong kita mengamalkan tadarsu al Quran secara istiqamah.selain daripada itu,doa yang kita mohon kepadaNya juga dapat kita lafaz dengan sebutan yang sebetul berdasar tajwid alQuran.ini Alan memberi keyakinan kepada kita. Allah akan makbulkan doa orang yakin dengan husnuzanNya.
langkah kedua ialah mencari ilmu terutama fardu ‘ain yang berkaitan dengan solat dan sebagainya. Perlu kita pelajari apakah solat-solat yang menjadi amalan rasul s.a.w yang perlu kita amalakan.? Apakah zikir-zikir yang menjadi amalan rasul s.a.w? Apakah suruhan dan larangan dalam kehidupan sehariaan yang perlu kita amalkan atau tinggalkan? Semuanya itu perlu kita laksanakan step by step dan istiqamah serta ‘upgraded’kan dari masa ke masa.

Leave a Reply