LAKSANAKANLAH SOLAT SUNAT WUDUK NESCAYA ANDA AKAN SOLAT WAKTU TEPAT PADA MASANYA

Solat wuduk banyak kelebihannya di antaranya:
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:”Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga”.

Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159.

Di samping kita dikurniai ganjaran tersebut, jika istiqamah solat sunat wuduk, maka kita akan sentiasa bersedia awal sebelum masuk waktu solat fardu kerana kita tidak mahu ketinggalan solat wuduk sebelum kita melaksanakan solat sunat rawatib sebelum kita solat fardu berjemaah. Jangan lupa untuk solat wuduk setiap kali kita berwuduk dan sudah pasti kita akan berwuduk awal sebelum masuknya waktu solat fardu!

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Spray Insulation Foam Tulsa - Trackback on 2016/08/11/ 09:15
  2. sơn jotun - Trackback on 2016/10/16/ 07:38