LAILATUL QADAR

Semua umat Islam ingin dianugerahi dengan Lailatul qadar. Allah dengan rahmatNya serta amalan hambaNya pasti mengurniakan malam tersebut. Berserah dirilah kepadaNya, tugas kita adakah beribadat kepadaNya semaksimum mungkin sepanjang masa. Alhamdulillah jika dapat ditambah pada 10 malam terakhir. Sebaiknya amalan kita pada sepuluh malam terakhir itu dijadikan back mark( Tanda aras ) untuk ibadat kita seterusnya sehingga kita dipanggilNya. Itulah sebenarnya yang sepatut dihajati kita semua. Kemampuan kita mereruskan amalan seperti sepuluh malam terakhir itu adalah anugerahNya( mungkin juga LAITUL qadar) yang kita perolehi. Pada malam Lailatul kita diingatkan supaya memohon keampunanNya. Apabila kita mendapat keampunanNya, maka dipermudahkan kita mengamalkan suruhanNya. Segala daki dosa telah dibersihkan dan cahaya keimanan mengatasi segala yang bathil. Adakah itu tanda hambaNya yang dikurniakan lailatu qadar. WAllah hu ‘allam.

Leave a Reply